Rabu, 11 Januari 2017

SEJARAH BEKAM

SEJARAH BEKAM

Dikenali semenjak 4000 tahun sebelum masihi di kerajaan sumeria,lalu berkembang ke babilonia,mesir,saba"dan parsi.sumeria adalah daerah yang masuk wilayah iraq iaitu dikenali dengan ada sungai furat (eufrat) dan dajlah (trigris).pada ketika itu para tabib menggunakan bekam untuk mengubati raja-raja.para tobib yang terkenal akan menurunkan ilmu bekam mereka kepada murid-murid terpilih sahaja.

Di negeri china ,bekam berkembang sekitar 2500 tahun sebelum masihi sebelum berkuasanya raja yao.di negeri china inilah bekam berkembang dengar berdasarkan titik-titik acupuncture.

Di mesir bekam sudah diamalkan semenjak zaman firaun ramses 2 kira-kira 1200 tahun sebelum masihi.secara tidak sengaja pada masa itu seorang yang dilempari batu lalu lebam.setelah dikeluarkan darahnya ternyata banyak menyembuhkan penyakit.perubatan bekam sudah umum digunakan bersama dengan pengubatan yang lain.titik-titik bekam digunakan berdasarkan pengalaman yang di catat di kertas pyprus lalu titik tersebut tersebar berkembang hingga ke yunani,saba,romawi,bulgaria, dan isbanji.

Di parsi merupakan bangsa yang serumpun dengan bangsa aria,india,yunani,romawi,isbanji,jerman maupun rumpun aria eropah lainnya sekitar 3000 tahun sebelum masihi.ketika itu bekam berkembang bersama pengubatan fasdu iaitu pengubatan mengeluarkan darah dari tubuh (vein).bekam juga sudah ada di daerah suria dan iskandariah bersama pengubatan fasdu,kay,pembedahan,ramuan herba,tumbuh-tumbuhan laut,akar kayu,biji-bijian,bunga dan getah-getahan.

Di zaman nabi muhammad SAW bekam sudah banyak di amalkan oleh masyarakat ketika itu bahkan menjadi adat dan kebiasaan dalam kehidupan mereka.lalu menjadi sunnah perubatan apabila rasullallah mengamalkan bekam ketika sakit yang dialami oleh baginda,Adakalanya rasullullah memerintahkan sahabat untuk berbekam bila diminta pandangan dalam rawatan pesakit bahkan ada hadis rasullullah menyatakan berbekam pada titik tertentu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KEDAI BEKAM GURUN DIBUKA PADA 18 FEBRUARI 2019

Opening soon Bagi penduduk Kedah Di sekitar bedong,sungai lalang,sungai petani,jeniang Dan berdekatan boleh la datang ke cawangan Kami Di...